Sunday, December 5, 2010

Pemandangan hari-hari

Assalamualaikum

Kite bersua kembali. Walaupun baru ade seorang yang follow blog ni tapi seorang lagi bagus dari tiada, kan2? Da lame tak update. Terdetik pulak tadi hendak menaip sesuatu untuk berkongsi bersama pengalaman saya pada pagi tadi.
MySpace

Cerita nye begini. Pagi tadi, saya mengikuti suatu kelas. Dalam kelas tersebut, saya duduk ditengah tengah. Semua perempuan duduk dihadapan saya (bese la tu, perempuan mane nak duduk belakang, lelaki lak jarang yang nak duduk depan, kan2?). Kemudian, ade sekumpulan wanita masuk. Dalam kumpulan itu, ade seorang sahaje wanita bertudung. Yang lain semua nye tidak bertudung. Tudung wanita tersebut berwarna merah jambu. Muke nye comel, manis di pandang (pandang sekali je tau). Pakaian nye agak sedikit longgar tetapi masih menampakkan sedikit susuk tubuh. Yang bagus nye ialah die bertudung. Pemakaian tudung nye juge agak bagus kerana menutup dadanye. Baju nye perlu dilonggarkan lagi agar tidak menampakkan susuk tubuh nye. Bukan hendak meng'comment', mengutuk atau memerli tapi pemakaian sebeginilah yg menjadi pemakaian hampir kesemua wanita yang bertudung. Walaupon sekarang ni ade berbagai-bagai fesyen tudung tapi ingatlah, tudung dipakai bukan kerana hendak menutup rambut sahaje, tetapi funsi tudung itu juga adalah untk menutup dada. Tukarlah persepsi  atau pandangan (seorang muslim) yang tudung itu hanye untuk menutup rambut kerana persepsi atau padangan itu salah same sekali. Berbalik kite kepada cerita tadi. Kumpulan wanita itu duduk di bahagian agak belakang kelas. Ketika kelas itu berlangsung, penceramah itu banyak membuat lawak agar kami semua tidak tertidur. Saya merasa senang dengan perkara tersebut. Tetapi ade sesuatu yang membuatkan saya berasa kurang senang. Perkara itu ialah hilai tawa dari kumpulan wanita tersebut. Tidakkah seorang perempuan itu berasa malu untuk ketawa sebegitu kuat? Atau saya je yang rasa begitu?    

Apa yang saya ingin kongsi disini ialah pemakaian tudung itu perlulah dipakai dengan sempurna. Jarang la nak tengok wanita yang memakai tudung pakai tudung dengan sempurna sekarang ni. Kalau pakai tudung mini pon, pastikan la tudung tu dapat tutup dada tu dengan sempurna. Jarang nak tengok bende tu sekarang ni. Zaman sekarang ni, wanita seboleh boleh nak tunjuk kat orang dada nye. Tapi, bersyukur juge la kerana diluar sana masih ade segelintir wanita yang memakai tudung mengikut tatacara pemakaian yang sepatutnye.Saya berharap golongan itu akan bertambah.


Aik, panjang lak cerita. Cukuplah setakat itu sahaja. Sehingga kite bertemu lagi.

p/s: ni la cara pemakaian wanita yang betul~

MySpace

2 comments:

  1. laaa... awat hang remove komen epang??? explicit sgt kaa?

    ReplyDelete
  2. tak remove pon....
    tak bukak pon sejak post bende nih...

    ReplyDelete