Sunday, January 20, 2013

Puasa oh puasa~

Assalamualaikum...


Setelah berkurun tak menjenguk blog ni, tetiba rasa nak menaip pulak. Boleh buang sawang, habuk, pekung dan sebagainya yang telah lama terperap kat blog ni. Berkenaan tajuk entry kali ini iaitu puasa, nak cerita sikit lah berkenaan puasa ni walaupun ilmu ni tak banyak, tapi sekadar menyampaikanlah. Tetibe je rase nak cerita pasal puasa, tak tahulah mengapa.

Puasa ni ada dua, puasa wajib dan puasa sunat. Wajib tu yang puasa di bulan Ramadhan tu lah, yang sunat tu, ade berbagailah, bolehlah tanya pakcik Google. Puasa ni banyak kelebihannya. Puasa ini seperti yang kita tahu, menahan diri dari makan dan minum bermula dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Jadi, apa kelebihan puasa? Antaranya, puasa ini sebenarnya mengajar kita untuk jadi lebih sabar. Eh, betul ke? Mestilah betul. Cuba bayangkan, ketika kita lapar, kita akan jadi mudah marah. Bila kita marah, kuranglah pahala puasa kita akibat keluarnya perkataan-perkataan yang tak patut disebut atau berlakunya sesuatu yang mengguris hati rakan-rakan atau orang disekeliling kita. Tak kanlah kita bile berpuasa setakat nak dapat lapar dan dahaga je, mesti nak lebih. Jadi, berpuasa dapat membuatkan kita dapat mengawal perasaan marah kita.

Puasa juga dapat membersihkan hati kita. Hati (heart) ye, bukan hati (liver). Ye ke? Semestinya! Berpuasa dapat membersihkan hati dengan membuatkan kita memikirkan perkara yang baik. Yelah, jika kita fikir bende buruk, tak senonoh, bersangka buruk, free-free je pahala puasa berkurangan. Rugi ooo jika pahala puasa ni kurang, buat penat je puasa, tapi dapat sikit je pahala, rugi-rugi. Dengan lupe nye bende-bende tak elok ni, dapatlah kita ingat kepada yang maha Esa. 



Jadi marilah berpuasa sunat sebab bulan Ramadhan lambat lagi. Dapat puasa dua kali seminggu (hari Isnin dan Khamis), atau sekali seminggu (Isnin atau Khamis) pun dah memadai. Tapi, takkan lah amalan kita nak berada di takuk lama, mesti nak ada improvement, barulah boleh dikatakan hari ini lebih baik dari semalam. Sesungguhnya, amat rugilah orang itu jika hari ini sama seperti hari semalam which means orang itu tak ade ape-ape perubahan, tak mengambil pengajaran dari apa yang berlaku dan tiada penambah baikan.

Eh, tertaip panjang lak, maaf la ye, ingat nak santai je tapi termacam sirius pulak, dan terima kasih kerana luangkan masa bace bebelan, rapuan, repekan tuan punya blog ni, banyak lagi kelebihan puasa, tapi rasenya sudah diketahui umum.

Semoga entry ni bermanfaat kepada yang menaipnya dan juga yang membacanya.

Sekian.

*p/s: warm up balik ni, lame tak ber'blog'ging (btul ke tatabahasa aka grammar BM aku ni? Almaklumlah, da lama tinggal)

No comments:

Post a Comment